Jumaat, 20 April 2012

DINASTI AL-KAMIL [keSultanan Perlak]: Bahagian 2


Senarai pemerintah DINASTI AL-KAMIL [keSultanan Perlak]:

1) Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Abdul Aziz Syah
     [840M-864M/225H-250H].

Nun jauh di Tanah Jawa, Maharaja Sri Udayadityavarman [833M-840M/218H-225H], di Jawa Tengah [Mataram Kuno], ketika itu sedang berhempas-pulas menghadapi tentangan daripada adik iparnya sendiri iaitu Balaputera Dewa, pewaris takhta Sri Vijaya Buddha yang sah, setelah kemangkatan Maharaja Samaratungga, ayahanda mertuanya. perebutan kuasa ini menyebabkan keMaharajaan Sri Vijaya Buddha di Tanah Jawa lebur dan berpecah kepada dua tidak berapa lama kemudian. sorotan sejarah menutur, keMaharajaan Sri Vijaya Buddha pernah mengalami beberapa kali, zaman perpecahan dan era penyatuan sebelum itu lagi.

keMaharajaan Sri Vijaya Buddha Jawa Tengah yang meliputi kekuasaan di Tanah Jawa dan Tanah Melayu Semenanjung [termasuk Gangga Negara & Kota Gelanggi-Kota Ganggayu], akhirnya berpecah kepada Sri Vijaya Buddha Suvarnadvipa Palembang di Selatan Sumatera, pimpinan
Maharaja Sri Udayadityavarman [840M-983M/225H-372H]. manakala Sri Vijaya Buddha Kadaram di Utara Tanah Melayu Semenanjung berada di bawah kepimpinan Maharaja Balaputera Dewa [840M-918M/225H-305H].

2) Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Abdul Rahim Syah
     [864M-888M/250H-275H].


3) Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Abbas Syah
    
[888M-913M/275H-300H].

Selepas kemangkatan baginda sultan, keSultanan Perlak telah diheret ke dalam kancah perang selama dua tahun [913M-915M/300H-302H]. perang ini dicetuskan oleh Sri Vijaya Buddha Suvarnadvipa Palembang [Selatan Sumatera] di bawah kepimpinan Maharaja Sri Udayadityavarman [840M-983M/225H-372H], atas dorongan ingin meluaskan pengaruh ke dalam institusi keSultanan Perlak bagi mengimbangi kekuasaan Sri Vijaya Buddha Kadaram yang meliputi hampir seluruh daratan Tanah Melayu Semenanjung hingga ke Indo-China. sedang mereka hanya menguasai Tanah Jawa hingga ke Selatan Sumatera sahaja. namun, ekspidisi mereka gagal dan keSultanan Perlak terus kekal bertahan di bawah teraju sultan yang ke-4.

4)
Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Ali Mughat Syah
     [915M-918
M/302H-306H].
pada akhir
pemerintahan baginda sultan, sekali lagi Sri Vijaya Buddha Suvarnadvipa Palembang [Selatan Sumatera] melancarkan kempen menyerang keSultanan Perlak, tetapi melalui proksi keluarga BENDAHARA SULTAN MAKHDUM SYAH JOHAN BERDAULAT dalam DINASTI AL-KAMIL. kempen mereka ternyata berjaya dan diizinkan oleh ALLAH SWT. sebetulnya, perang ini berlanjutan selama sepuluh tahun, dan ia telah membibitkan bunga-bunga cinta Maharaja Sri Udayadityavarman terhadap agama Islam. di sini lah bermulanya era Sri Vijaya Islam Perlak DINASTI AL-KAMIL cabang BENDAHARA SULTAN MAKHDUM SYAH JOHAN BERDAULAT.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan