Jumaat, 20 April 2012

DINASTI AL-KAMIL [Kesultanan Perlak]: Bahagian 1


Sekitar pertengahan abad ke-8, iaitu pada tahun 753M/135H, pelayaran Abdullah al-Bahir al-Farisi [ibni Ali Zainal Abidin ibni Sayidina Hussein Syuhada Karbala + Puteri Syahri Banu@Syah Zanan] berlabuh di pinggir pantai Utara Sumatera [kini: Bandar Aceh]. ketibaan Abdullah al-Bahir al-Farisi memimpin cabang keluarga besar al-Husseini ke wilayah tersebut adalah untuk melepaskan diri daripada keKhalifahan Abu Abbas as-Saffah, pendiri Dinasti Abbasiyah [750M-754M/132H-136H] di Kota Baghdad Iraq.

Menurut sumber sejarah tempatan di Utara Sumatera, sudah pun wujud beberapa buah perkampungan Islam di dalam wilayah tersebut pada ketika itu, seperti Perkampungan Arab-Islam Ta Syih yang telah ada sejak pertengahan abad ke-7 [650M/29H] lagi. Abdullah al-Bahir al-Farisi dikatakan telah memilih salah satu kawasan yang agak terpencil di situ lalu membina kerajaan kecil di lokaliti terbabit. hal ini sudah tentu dituruti oleh kalangan ahli bait yang lain. Hikayat Raja-raja Jeumpa ada menyebut bahawa Abdullah al-Bahir al-Farisi kemudiannya menikahi Dewi Ratna Keumala@Puteri Mayang Seuludung, dara pinggitan kepada seorang penguasa yang bergelar meurah di kawasan berhampiran. pernikahan mereka berdua, melahirkan empat putera iaitu Syahri Poli, Syahri Tanti, Syahri Dito dan Meurah Syahri Nuwi. mereka berempat lah yang menyambung legasi kedua-dua ibubapa mereka dalam membangunkan keSultanan Jeumpa dalam kawasan yang agak terpencil itu pada kemudian waktu.

Pada tahun 813M/197H awal abad ke-9, empat bersaudara ini dikunjungi oleh ayahanda saudara mereka iaitu Muhammad Al-Baqir [ibni Ali Zainal Abidin ibni Sayidina Hussein Syuhada Karbala]. beliau adalah bapa kepada Imam Ja’afar as-Syadiq, sepupu kepada empat bersaudara itu, yang telah dibunuh-racun oleh Khalifah Abu Ja'afar al-Mansur [754M-775M/136H-158H], pemerintah kedua Dinasti Abbasiyah. angkatan dakwah 100 anggota ini dipimpin oleh Khalifah Nakhoda Abdullah as-Sani al-Kamil [ibni Musa al-Jaun ibni Abdullah al-Kamil ibni Hassan al-Muthanna as-Sibthi ibni Sayidina Hassan Khalifah Ummat] bersama putera Imam Ja’afar as-Syadiq iaitu Muhammad ad-Dhibaja al-Akhbar.

Beberapa tahun sesudah itu, Meurah Syahri Nuwi telah menikahkan dara pinggitannya, Puteri Makhdum Tansyuri@Puteri Meurah Makhdum Khudawil dengan Khalifah Nakhoda Abdullah as-Sani Al-Kamil pada tahun 820M/205H lalu melahirkan Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Abdul Aziz Syah yang kemudiannya, telah mendirikan keSultanan Perlak di atas tapak keSultanan Jeumpa pada tahun 840M-864M/225H-250H. baginda sultan juga, telah menamakan ibukota keSultanan Perlak sebagai Bandar Khalifah [kini: Lhokseumawe], sempena gelarnama ayahandanya yang dikasihi, Khalifah Nakhoda Abdullah as-Sani al-Kamil. disini lah bermulanya DINASTI AL-KAMIL di dalam Rantau Alam Melayu Nusantara.





6 ulasan:

  1. Dari beberapa sumber kami coba menghubungkan Dinasti Al-Kamil, dengan Sultan Malik al Saleh (Pendiri Kerajaan Samudra Pasai)...

    Sultan Malik al-Saleh (Meurah Silu) bin Meurah Makhdum Malik Ahmad (Raja Jeumpa) bin Meurah Makhdum Ahmad (Raja Samalanga) bin Meurah Makhdum Malik Ibrahim (Raja Jeumpa) bin Meurah Makhdum Malik Masir (Raja Isak-Gayo II) bin Muerah Makhdum Malik Isak (Raja pertama Isak-Gayo) bin Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Syah (Sultan Perlak VII) bin Sultan Makhdum Alaiddin Muhammad Amin Syah (Sultan Perlak VI) bin Sultan Makhdum Alaiddin Abdulkadir Syah(Sultan Perlak V) bin Meurah Makhdum Ahmad (Perdana Menteri Perlak pada masa Sultan Perlak II, Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdurrahman Syah) bin Meurah Makhdum Bahrum (Perdana Menteri Perlak pada masa Sultan Perlak I, Sultan Alaiddin Maulana Sayyid Abdul Aziz Syah) bin Makhdum Perlak (saudara Puteri Makhdum Tansyuri) bin Meurah Shahri Nuwi (pendiri Kerajaan Perlak) bin Sahriansyah Salman / Abdullah al Bahir al Farisi (Raja Islam pertama Jeumpa) bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Fatimah az-Zahrah binti Muhammad Rasulullah...

    Sumber :
    http://kanzunqalam.wordpress.com/2010/08/31/maulana-husain-pelopor-dakwah-nusantara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ralat :

      Meurah Shahri Nuwi (pendiri Kerajaan Perlak) bin Sahriansyah Salman (Raja Islam pertama Jeumpa) bin Abdullah al Bahir al Farisi bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Fatimah az-Zahrah binti Muhammad Rasulullah...

      Padam
  2. Versi lain menyebutkan, yang merupakan Khalifah Nakhoda adalah Muhammad Nafs Zakiyah, dimana putera beliau bernama Ali al Muktabar, menikah dengan Puteri Makhdum Tansyuri...

    sebagaimana terlihat pada, silsilah berikut :

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=441505592563990&set=a.280190228695528.61972.100001136593619&type=1&theater

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembahasan tentang Dinasti Azizah dan Dinasti Makhdum Johan Berdaulat, silahkan kunjungi :

      Yusril Ihza Mahendra, Kesultanan Johor dan Dinasti Makhdum Perlak
      http://kanzunqalam.wordpress.com/2012/12/14/yusril-ihza-mahendra-kesultanan-johor-dan-dinasti-makhdum-perlak/

      Padam
  3. Ada juga pendapat yang menyatakan, Abdullah al Bahir yang menjadi leluhur Dinasti Makhtum berasal dari sahabat Rasulullah Salman al Farisi.

    Jadi ada 2 orang yang disebut Abdullah al Bahir :

    a. Abdullah Al-Bahir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Fathimah Az-Zahra binti Nabi Muhammad beliau lahir di Madinah. Dan Makamnya ada di Baqi’ Madinah Munawwarah.

    b. Abdullah al Bahir al Farisi bin Ali Zainal Abidin Al-Farisi bin Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi adalah salah satu sahabat Nabi Muhammad yang berasal dari Persia. Beliau inilah yang mejadi leluhur Keluarga Dinasti Makhdum Johan Berdaulat.

    Sumber :
    http://www.facebook.com/adisarwajagat/posts/4578811041654

    BalasPadam
  4. syabas!kajian seperti ini yang kita tunggu-2,bukannya versi penjajah yg menyatakan Islam sampai ke nusantara / Asia-tenggara pd kurun ke-14.Sila lihat juga website Kedah_Pasai_Ma sebagai perkongsian.Wallahualam n Wassalam

    BalasPadam